Bengkel Rekabentuk Web: Pelajar Kuasai Asas UI/UX
Pelajar Teknologi Maklumat dari KVKS telah menyertai Bengkel Rekabentuk Web yang dianjurkan oleh pensyarah dan alumni TechDKA. Aktiviti ini memberi pendedahan tentang asas UI/UX, termasuk cara memilih warna, susun atur responsif, serta penggunaan Elementor dalam WordPress untuk membina laman interaktif.
Melalui bengkel ini, pelajar bukan sahaja mempelajari teori, tetapi turut menghasilkan reka bentuk sebenar untuk projek mereka. Program sebegini membantu pelajar memahami kepentingan pengalaman pengguna dalam pembangunan laman web yang moden, menarik dan mudah digunakan.
